Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ismail Sabri Adalah Peluang Terbaik UMNO

Bukan senang sesebuah parti politik bangkit dengan kadar yang begitu cepat dari kejatuhan dan kehilangan sokongan rakyat. Namun seolah ‘keaj...


Bukan senang sesebuah parti politik bangkit dengan kadar yang begitu cepat dari kejatuhan dan kehilangan sokongan rakyat.

Namun seolah ‘keajaiban’ berlaku kepada UMNO BN.

Tidak siapa pun menyangka UMNO BN yang selama ini sejak merdeka berbakti kepada rakyat dan besar jasanya kepada negara boleh ranap sekelip mata. Apa yang UMNO BN usahakan selama ini nampak begitu sia-sia.

Mungkin ahli dan pemimpin UMNO BN pernah dengar kejatuhan parti yang menguasai kerajaan runtuh di luar negara sebagai pengajaran tapi leka dan mengambil sikap sambil lewa. Parti GOLKAR di Indonesia terkenal hebat dan kuat, kalah teruk juga akhirnya dan sehingga hari ini selepas lebih 15 tahun masih tidak mampu untuk bangun seperti dahulu.

Begitu juga apa yang terjadi di Jepun, parti Demokratik Liberal (LDP) merudum kalah teruk yang amat memalukan. Mereka mengambil masa 8 tahun lebih untuk kembali mendapat keyakinan rakyat.

Ini antara contoh dan bukti bahawa parti politik walaupun berkhidmat begitu lama kepada rakyat juga boleh kalah teruk di dalam pilihanraya dan untuk raih kembali kepercayaan rakyat di dalam masa yang singkat adalah terlalu sukar dan seakan mustahil.

Pola pemikiran pengundi setiap masa berubah mengikut peredaran zaman. Pengundi muda dan pengundi yang pertama kali memilih sentiasa bertambah angkanya. Ini membuatkan corak memilih kerajaan juga sentiasa berubah.

Apa yang terjadi kepada UMNO BN di dalam tempoh tidak sampai sepenggal setelah tewas memalukan amat menakjubkan. Siapa sangka Allah swt memberi peluang kedua kepada UMNO BN. Kena percaya dan yakin bahawa inilah Qada dan Qadar. Rukun iman yang wajib ahli UMNO percayai.

Hanya di dalam tempoh 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan ditambah dengan 17 bulan di bawah kerajaan campuran PPBM, UMNO BN, PAS dan parti mesra kerajaan pusat dari Sabah dan Sarawak pimpinan Muhyiddin Yasin akhirnya Allah membuat keputusan jawatan nombor satu negara kembali kepada pemimpin UMNO, Dato Seri Ismail Sabri. 

Tiada seorang pun ahli UMNO menyangka begitu drastik sekali perubahan kerajaan Malaysia selepas kejatuhan UMNO BN yang memalukan di PRU ke 14. Tambah pula Ismaio Sabri bukanlah berjawatan Presiden Parti. 

Inilah peluang terbaik bagi UMNO dan BN untuk merebut kembali hati rakyat Malaysia. Penerimaan rakyat yang kecewa dengan prestasi pemimpin selain dari UMNO BN telah mereka jawab di beberapa keputusan pilihanraya kecil dan terbaru adalah keputusan pilihanraya negeri Melaka serta Sarawak.

Beberapa plihanraya kecil berlaku ketika Ismail Sabri berjawatan Menteri Kanan Pertahanan dan keputusan pilihanraya negeri Melaka dan Sarawak adalah ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat perlu melihat keputusan ini dengan hati yang lapang dan berjiwa besar. Bukan sekadar, ‘ohh UMNO menang lagi’. 

Lihat dari sudut yang positif kerana sehingga saat ini UMNO masih bersama ‘kerajaan mandat ahli parlimen’.

Keputusan terbaru Biro Politik UMNO pusat juga satu petanda jelas bahawa UMNO serius untuk memenangi PRU ke 15 akan datang.

Biro tersebut dengan sokongan sebulat suara dari pengerusi perhubungan negeri memutuskan untuk menamakan Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri selepas PRU ke 15 berakhir dan menjadikan beliau juga sebagai ‘Poster Boy’ di sepanjang kempen pilihanraya umum tersebut.

Malah 5 pemimpin utama parti, ‘Top 5’ yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden juga telah diberi mandat untuk mencadangkan tarikh yang sesuai diadakan pilihanraya umum kepada Perdana Menteri.

Semua perjalanan ini bukan berlaku tanpa sebab dan ahli serta kepimpinan UMNO di semua peringkat kena yakin bahawa inilah satu-satunya peluang terbaik yang ada untuk UMNO kembali mendapat sokongan besar dari rakyat Malaysia.

“Kun Faya Kun”. Yakinlah ada sebab yang hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya tentang kembalinya UMNO di koridor kuasa negara.

No comments

Ads Place