PKR sudah hampir berkubur, hampir sangat. Sudah kedengaran beberapa suara kepimpinan utama terutama dari Rafizi dan kumpulannya mula mendesa...
PKR sudah hampir berkubur, hampir sangat. Sudah kedengaran beberapa suara kepimpinan utama terutama dari Rafizi dan kumpulannya mula mendesak agar Anwar Ibrahim undur diri dan digantikan dengan pemimpin baharu yang lebih muda dan berwibawa.
Isu imej Anwar sebagai bekas pesalah jenayah liwat antara yang sedang berlegar di koridor kepimpinan PKR.
Namun faktor lain yang utama juga mula disuarakan. Rasa tidak puas hati kerana Anwar bukan lagi ‘wow factor’ bagi PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Kekalahan teruk dan memalukan di pilihanraya negeri Melaka dan Sarawak adalah buktinya.
Gebang propaganda ramai yang menyambut Anwar setiap kali kemunculannya di majlis atau program partinya bukannya dari penduduk setempat tetapi jumlah yang sedang menghurungnya adalah ahli parti dari tempat lain. Jumlah yang ramai bukannya pengundi tetapi ‘pengunjung berbayar’.
Anwar sudah hilang aura politiknya. Anaknya Nurul Izzah juga tidak mampu menonjolkan diri sebagai pemimpin pelapis kerana sibuk dengan perkara retorik yang lain. Maka pengikut bontot tegar Anwar yang tinggal hanyalah ‘budak Anwar’ iaitu Saifuddin Nasution serta isteri Anwar, Wan Azizah. Itu pun mula hanyut selepas PH tidak lagi menjadi kerajaan.
Kali ini ‘budak Anwar’ yang paling setia nampak ada peluang baik untuk digunakan bagi menaikkan nama partinya yang mula nak berkubur, isu pemilikan saham Azam Baki.
Anda mungkin boleh baca kenapa kebiasaannya sebelum ini setiap kali apabila ada misi demostrasi maka Rafizi yang akan menjadi perancangnya. Dari promo kepada bagaimana tunjuk perasaan itu berlangsung.
Dalam program protes terbaru ini, Rafizi dilihat tidak bersama. Hanya Saifuddin yang nampak cuba menumpang kes tersebut.
Yang bersungguh untuk lakukan provokasi asalnya bukanlah PKR tetapi NGO anti-BN. Tetapi PKR melihat ini sebagai peluang.
Modal politik mengatasi pandemik covid-19.
PKR meletakkan kepentingan politik mereka jauh mengatasi kebimbangan terjadinya penularan akibat berhimpun beramai-ramai.
Tiada lagi slogan rakyat didahulukan. Yang ada hanya bagaimana supaya baki cebisan nyawa parti PKR dapat diselamatkan sebelum berlakunya pilihanraya umum ke 15. Dan yang paling utama adalah bagaimana nyawa politik Anwar masih boleh terus bernafas.
DAP sudah mula berbunyi mencadangkan ahli parlimen lain sebagai ketua pembangkang di parlimen dan apabila DAP bersuara maka makmumnya PAN akan angguk-angguk menurut.
Rakyat boleh menilai, kes Azam Baki sedang disiasat, apa perlunya PKR lancarkan demostrasi di saat negara masih berada di fasa pandemik penyakit berbahaya ini.
Mereka masih ingin bodohkan rakyat.
No comments