Untuk mengetahui cerita sebenar pada malam tersebut saya perlu bertanyakan kepada mereka yang ada paad mlm tersebut iaitu ahli MT dan ahli p...
Untuk mengetahui cerita sebenar pada malam tersebut saya perlu bertanyakan kepada mereka yang ada paad mlm tersebut iaitu ahli MT dan ahli parlimen yang hadir pada dua mesyuarat yang berlangsung .
Pada 27 Ogos 2021 berlangsung 2 mesyuarat besar secara berasingan. Mesyuarat pertama ialah Mesyuarat MT UMNO. Mesyuarat kedua pula mesyuarat Ahli-ahli Parlimen BN. Semua mesyuarat tersebut berkisar agenda besar ialah untuk menamakan cadangan nama calon Perdana Menteri untuk diangkat dan dipersembahkan kehadapan YDP Agong.
Mesyuarat MT malam itu hanya menjadi mesyuarat untuk endos beberapa perkara pokok. Mesyuarat pula berlaku dalam masa yang singkat lebih kurang 1 jam atau kurang.
Ada ahli MT yang bermesyuarat dalam mesyuarat tersebut tetapi tidak masuk atau tidak berada dalam mesyuarat ahli-ahli parlimen BN kerana bukan ahli parlimen. Ada ahli parlimen BN yang tidak masuk atau tidak berada dalam mesyuarat MT kerana bukan ahli MT UMNO. MAKNANYA ada 2 kumpulan besar pada malam itu termasuk ahli2 parlimen MCA,MIC dan PBRS.
Hanya beberapa agenda besar dibincangkan iaitu menjunjung titah Tuanku YDP Agong, menamakan DS Ismail Sabri sebagai calon tunggal UMNO untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri. Agenda lain yang dibincangkan juga mesyuarat memberikan mandat dan kuasa penuh kepada Mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN memutuskan nama tunggal yang akan diangkat kehadapan YDP Agong bersama surat akuan bersumpah yang akan diselesaikan pada malam itu juga oleh kesemua ahli-ahli parlimen BN.
Ketua pemuda sudah pasti tidak berada dalam mesyuarat ahli-ahli parlimen kerana beliau sudah 2 kali cuba untuk menjadi ahli parlimen tetapi gagal walau dihantar ke tempat selamat yang telah disediakan oleh parti.
Apa yang kami dimaklumkan kenyataan media presiden pada malam itu disediakan oleh beliau (Ketua Pemuda).
Ashraf menyatakan isu berkaitan i-Citra merupakan ketetapan parti? Itu yang harus Ashraf buktikan dengan minit mesyuarat penuh dan bukannya dengan kenyataan media presiden yang beliau buat sendiri.
Ini kerana perenggan yang dinyatakan dalam kenyataan media presiden tidak dibincangkan pun pada mesyuarat tersebut dan ianya hanya satu cadangan yang dibaca oleh Ketua Pemuda dalam mesyuarat tersebut. Apakah semua MT menyokong? Mcm mana pula semua MT menyokong sedangkan hal tersebut tidak pun dibincangkan. Itu hanya cadangan Ashraf yang dijadikan kenyataan media presiden.
Kenapa Ashraf cuba untuk menipu dan memesongkan apa yang sebenarnya berlaku. Ini bukan cerminan pemimpin Islam. Kalau Ashraf nak jadi JUARA sekali pun janganlah serang dan bermusuh secara nyata dengan Naib Presiden sehingga mengadakan perkara yang nyata tidak ada.
Apakah selepas ini semua bentuk cadangan Ketua Pemuda dlm mesyuarat MT UMNO secara automatik menjadi ketetapan parti? Ketetapan parti yang tidak boleh diubah ialah ketetapan yang dibuat dalam PAU.
Dan untuk pengetahuan semua ahli UMNO juga, Ashraf pernah membawa cadangan untuk membuang dan membatalkan konsensus atau ketetapan yang telah dibuat parti dan MKT dan PAU berkaitan "No DAP dan NO ANWAR". Ia mendapat tentangan majoriti ahli MKT. Apakah cadangan Ashraf itu menjadi ketetapan parti??
Ashraf membawa usul tersebut supaya membolehkan UMNO bekerjasama dengan DAP dan Anwar dalam menubuhkan kerajaan selepas Muhyiddin meletakkan jawatan. Ini merupakan usaha nyata yang tidak pernah diketahui oleh ahli umno kerana segala isi kandungan mesyuarat MT merupakan rahsia penting parti.
Tetapi bila Ashraf cuba mengadakan perkara yang tidak ada maka ahli parti perlu tahu kebenarannya. Kepada ahli UMNO yang mahukan kebenaran sila tanya dan buat soal selidik dengan MT yang hadir mesyuarat pada mesyuarat-mesyuarat tersebut akan kebenarannya.
Pendokong UMNO
PWTC
No comments