Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Demostrasi: Peserta Orang Muda Barua DAP Atau Non-Partisan?

Semalam majoriti yang hadir ke demostrasi di ibukota Kuala Lumpur adalah terdiri daripada anak muda. Tiada perbezaan setiap kali adanya demo...


Semalam majoriti yang hadir ke demostrasi di ibukota Kuala Lumpur adalah terdiri daripada anak muda. Tiada perbezaan setiap kali adanya demostrasi kerana yang memimpin demostrasi adalah orang yang sama cuma kali ini mereka lebih terbuka. Berdemo sambil mengibar bendera parti politik.

Bendera DAP dan PKR dilihat megah dikibar sepanjang demostrasi. Laungan bergema hanya ‘Tangkap Azam Baki’ tiada laungan lain dan ini menimbulkan tandatanya apakah demostrasi ini tindakan terdesak dan terpilih oleh pihak yang berkepentingan?

Bagaimana dengan skandal rasuah mega Lim Guan Eng yang dibuka semula oleh Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki? 

Begitu juga bagaimana dengan skandal wang 1MDB berkait dengan suami bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz? Bukan sedikit jumlah wang yang ditemui di dalam akaun suami Zeti, RM700 juta dan anihnya tiada pun kain pemidang dan laungan nama Guan Eng dan Zeti?

Siapa kumpulan anak muda ini? Adakah mereka barua dan balaci upahan parti politik yang cuba memesongkan skandal melibatkan pemimpin DAP dan ‘budak Mahathir’?

Malang bagi negara sekiranya kumpulan ini berada di koridor kuasa politik, mungkin mudah dibeli dengan harga ‘makan tengahari di kedai mamak’ nilainya?

Mereka bukannya dari golongan atas pagar, mereka rosak memuja perjuangan DAP dan hanya mengangguk menyokong Syed Saddiq yang turut diheret ke mahkamah di atas pertuduhan menyeleweng wang parti.

Jangan kerana mereka orang muda maka generasi muda yang lain turut terpalit. Rosak susu sebelanga kerana nila busuk setitik masuk ke dalamnya.



No comments

Ads Place