Hari ini jalan masuk ke ibukota mengalami situasi trafik yang terlalu teruk, banyak laluan masuk ditutup hinggakan perkhidmatan awam seperti...
Hari ini jalan masuk ke ibukota mengalami situasi trafik yang terlalu teruk, banyak laluan masuk ditutup hinggakan perkhidmatan awam seperti LRT fan MRT arah ke ibu negara juga khabarnya di hentikan selama 7 hari.
Semua ini kerana kepentingan politik DAP dan MUDA serta mendapat ‘blessing’ dari ketua pembangkang sendiri, Anwar Ibrahim.
Di saat negara masih berada di zon pandemik covid19 yang mana muncul pula varian baru, Omicron, pembangkang tidak peduli. Bagi mereka isu yang melibatkan Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki berhubung pemilikan dan pembelian saham yang dikatakan dibeli oleh adiknya dengan menggunakan akaun peribadi Azam Baki boleh dijadikan modal politik murahan mereka.
DAP, MUDA dan Pakatan Harapan melihat isu tersebut adalah peluang terbaik apabila populariti gabungan mereka merudum teruk. Rakyat dan pengundi mula menjauhi Pakatan Harapan dan ini boleh dilihat dari beberapa keputusan pilihanraya kecil dan terbaharu Pakatan Harapan kalah teruk di dua pilihanraya negeri, Melaka dan Sarawak.
Tambahan lagi Pakatan Harapan hilang punca sejak YAB Dato Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin yang hilang kepercayaan majoriti ahli parlimen. Ismail Sabri menjalankan tugas dengan baik dan malah lebih baik dari yang sebelumnya sejak selepas PRU ke 14.
Setelah lebih 150 hari menerajui kerajaan campuran, Ismail Sabri membukti dirinya mampu menguruskan pandemik covid19 yang melanda negara di samping meletakkan kembali ekonomi negara dan rakyat di tempat yang sepatutnya. Malah ke arah yang lebih baik.
Inilah jalan buntu Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP, bagaimana ingin ‘kenakan’ Ismail Sabri dan kerajaan campuran pada hari ini.
Justeru pilihan yang ada kebetulannya adalah isu Azam Baki cuma Pakatan Harapan lupa bahawa rakyat negara ini sudah boleh membaca taktik busuk mereka. Pakatan Harapan hanya menggunakan isu Azam Baki, tindakan terpilih kerana mereka cuba menutup isu Zeti Aziz berhubung wang RM700 juta di dalam akaun suaminya yang didedahkan oleh sebuah bank di Singapura.
Bukan satu kebetulan apabila Azam Baki terlibat membuka semula kes rasuah Lim Guan Eng yang melibatkan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang malah kes salah guna kuasa terhadap akaun milik pemuda PPBM oleh Syed Saddiq juga dijalankan ketika Azam Baki menerajui SPRM.
Mungkin inilah punca utama kedua watak ini menggelupur cuba membangkitkan kemarahan rakyat tentang isu Azam Baki.
Lim Kit Siang nampak begitu bersungguh cuba kenakan Azam Baki kerana dia tahu sekiranya Lim Guan Eng ke hadapan di dalam isu ini maka rakyat akan menilai Guan Eng cuba lepaskan diri. Syed Saddiq pula terpaksa bertindak sendirian kerana beliau tiada ‘bapa’ yang boleh membantunya di saat beliau mula menuju ke ‘Sungai Buluh’.
Pakatan Harapan tidak menghiraukan isu ekonomi negara terganggu, isu penularan jangkitan covid19 malah nasib peniaga di ibukota turut terjejas teruk hari ini.
Peniaga domestik baru sahaja ingin bernafas semula setelah lebih 2 tahun terhimpit dan tertekan kerana situasi virus tersebut. Tetapi Pakatan Harapan memilih kepentingan politik mereka mengatasi masalah rakyat dan negara. Yang penting Guan Eng dan Syed Saddiq perlu disucikan sebelum PRU ke 15.
Mereka akan menggunakan isu Azam Baki juga untuk menyerang pentadbiran Ismail Sabri walaupun mereka tahu ianya menuju jalan yang amat sukar kerana di awal lagi Ismail Sabri menegaskan supaya isu tersebut diserahkan kepada pihak yang berwajib.
Lim Kit Siang, Guan Eng, Syed Saddiq dan Anwar mati akal. Apa lagi isu nak jadikan alat kemarahan rakyat?
No comments