Mutakhir ini nampaknya banyak perkara berlaku kepada sebuah parti politik yang umur penubuhan hanya sedikit berbeza dengan UMNO. DAP parti p...
Mutakhir ini nampaknya banyak perkara berlaku kepada sebuah parti politik yang umur penubuhan hanya sedikit berbeza dengan UMNO.
DAP parti politik yang dahulunya tidak boleh diterima oleh kaum cina di negara ini kerana di waktu tersebut MCA dilihat dominan dan lebih cakna kepada permasalahan kaum cina. Ditambah pula DAP berbaur rasis dan chauvinist.
Sekarang pun DAP masih dengan ‘perangai’ yang sama cuma keberanian menipu kaum sendiri adalah merupakan kelebihan mereka.
Meletakkan calon Melayu bagi mewakili DAP adalah antara strategi berani mati mereka. Dasar buka pintu inilah yang menyebabkan ramai anak muda yang kononnya berfikiran liberal mula menerima apa yang diperjuangkan oleh DAP walaupun mereka buta sejarah politik negara. Melihat hanya dengan mata yang sudah ditipu.
Retorik dan populis adalah antara pendekatan yang pada awalnya nampak berjaya menawan hati pengundi berbangsa cina dan dapat dibuktikan melalui beberapa siri keputusan pilihanraya umum sebelum ini.
Bangsa cina majoriti mula tinggalkan MCA yang merupakan komponen Barisan Nasional dan memberi sokongan padu kepada DAP.
Lim Kit Siang berjaya mempotretkan dirinya sebagai pemimpin bangsa cina yang berjaya.
Sebuah parti yang dikuasai oleh keluarga atau dinasti, sesiapa yang cuba jadi batu penghalang di dalam DAP bakal menerima akibatnya. Jangan usik kepimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sekiranya ingin ‘hidup lama’ di dalam parti itu.
Namun langit tidak selalu cerah, akhirnya sebuah parti sekiranya dikawal oleh anak beranak dan berasaskan retorik semata-mata akhirnya pecah juga tembelang.
Mudah sahaja. Apabila mendapat kuasa di Pulau Pinang buat pertama kalinya, apa DAP buat untuk rakyat di sana? Yang untung siapa? Dan akhirnya telahan ramai mula terbukti, terlebih memuja seseorang maka ‘cacing mula naik ke mata’ dan akhirnya terburai skandal rasuah mega melibatkan Lim Guan Eng berkaitan projek Terowong Dasar Laut.
Usaha menutup skandal rasuah ini berlaku sekejap ketika mereka menjadi sebahagian kerajaan Pakatan Harapan. Akhirnya apabila kerajaan PH tumbang, Guan Eng diheret kembali berhadapan dengan pengadilan.
Sekarang rakyat sudah mulai sedar, apa yang suci sangat kepimpinan tertinggi DAP terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sehinggakan amalan demokrasi di dalam DAP dilihat sudah mati?
Bukan setakat nama pemimpin utama terpalit dengan kes rasuah mega tetapi prestasi Lim Kit Siang merudum di beberapa episod dua pilihanraya negeri, Sarawak dan Melaka serta keputusan tidak membanggakan di beberapa pilihanraya kecil.
Kit Siang dan Guan Eng kekal memegang tampuk pemerintahan parti seperti layaknya ‘Jeneral berkuku besi’. Pengundi mula menunjukkan penolakan drastik kepada kepimpinan ‘dinosaur’ yang semakin tidak relevan lagi.
Ditambah dengan kelemahan ketara pemimpin atau ketua menteri Pulau Pinang yang ada sekarang. Di sana adalah kubu kuat DAP tetapi perbalahan antara kumpulan timbalan dengan kumpulan anak mendiang Karpal Singh tidak boleh disembunyikan lagi. Dua puak ini sedang haloba berebut jawatan dan kawasan. ‘Ghanimah’ juga mungkin menjadi mereka gila kuasa.
Belum lagi dengan kes rogol dan dadah yang melibatkan wakil rakyat DAP, ianya merosakkan nama Kit Siang dan Guang Eng.
Jalan keluar terbaik adalah keduanya wajar meletakkan jawatan sebelum PRU ke 15.
Kit Siang mungkin anggap cina Malaysia ini tidak cerdik.
No comments