Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Barua Politik Pro Dap Tiba-tiba Muncul Hari Ini Berdemo

Pelik bukan? Sebaik saja pilihanraya umum ke 14, Pakatan Harapan menang dengan majoriti tipis tetapi selesa. Pelbagai kerenah Mahathir lakuk...


Pelik bukan?

Sebaik saja pilihanraya umum ke 14, Pakatan Harapan menang dengan majoriti tipis tetapi selesa. Pelbagai kerenah Mahathir lakukan yang menyakitkan hati rakyat termasuk dengan mudah melepaskan aset-aset strategik milik negara terpaksa aset milik penabung tabung haji melalui Lembaga Tabung Haji.

Ada anda melihat demostrasi jalanan walaupun rakyat merintih marah serta kecewa kerana Mahathir dilihat umpama perdana menteri boneka kepada DAP? 

Malah aset terbesar dan yang menjana keuntungan kepada negara seperti rangkaian hospital IHH antara yang tebesar di dunia turut berpindah pegangan saham majoritinya. Anda ada melihat demostrasi dibuat?

Terkini, skandal 1MDB makin terbuka siapa dalangnya apabila sebuah bank di Singapura mengesahkan suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aktar Aziz menerima sejumlah RM700 juta lebih melalui akaun yang dibuka di sana dengan menggunakan nama syarikat milik beliau dan anaknya sendiri. Ada anda lihat demostrasi?

Kegagalan kerajaan Selangor menguruskan masalah banjir yang mengakibatkan nyawa dan harta menjadi korban sehinggakan Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri sendiri turun padang untuk lakukan kordinasi pasukan penyelamat. Ada demostrasi dibuat untuk nyatakan kegagalan kerajaan Selangor berfungsi di saat rakyatnya mengalami kesukaran yang amat sangat?

Semuanya tiada di dalam jadual ‘barua demostrasi’ kerana kesemua isu dan skandal tersebut tidak memberi kelebihan kepada politik mereka.

Isu Azam Baki membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau untuk membeli saham sepatutnya serahlah kepada pihak yang bertanggungjawab dan bukannya memulakan kembali strategi lapuk dengan menggunakan ‘mahkamah jalanan’. Tujuan utama adalah untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Kalah teruk di beberapa siri pilihanraya kecil menjadikan mereka ini hilang arah cara untuk dapatkan kembali kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan pimpinan Dap.

Skandal penyelewangan wang parti juga turut mengheret Syed Saddiq yang dilihat umpama ‘malaikat muda’ bagi sesetengah pengikut taksubnya selama ini betul-betul mencalar imej pemimpin yang sudah lulus pendaftaran parti politiknya sendiri.

Skandal Terowong Bawah Laut yang nilai rasuahnya mungkin menghampiri RM500juta melibatkan anak Lim Kit Siang, Guan Eng juga nampaknya tidak mampu ditutup lagi apabila saksi utama menjelaskan Guan Eng yang juga Setiausaha Agong Dap meminta komisyen 10% dari projek tersebut. Khabarnya kertas kerja projek sahaja menelan kos RM400juta?

Kedua kes yang melibatkan dua orang besar dari parti politik pembangkang tidak sedikit pun berjaya menarik minat pendemo isu Azam Baki. Anda tidak perlu hairan kerana mereka yang muncul hari ini hanyalah barua peliharaan yang makan bersuap oleh mereka yang berkepentingan. 

Barua politik pro Dap sentiasa setia kepada tuannya dan alasan penularan covid19 bukan lagi sebagai alasan. 

No comments

Ads Place