Sedang hangat diperbincangkan di bilik-bilik gerakan parti PKR bahawa satu keputusan drastik bakal dibuat oleh Anwar dan isterinya Wan Aziza...
Sedang hangat diperbincangkan di bilik-bilik gerakan parti PKR bahawa satu keputusan drastik bakal dibuat oleh Anwar dan isterinya Wan Azizah.
Ini berikutan Wan Azizah begitu menyepi diri sejak Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri dan secara otomatiknya kerajaan Pakatan Harapan tumbang setelah memerintah negara selama 22 bulan.
Juga dikatakan kerana Rafizi juga telah bersuara agar Anwar serta Wan Azizah memberi laluan kepada muka baharu. Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agong PKR juga nampak menyokong kenyataan terbuka Rafizi.
Rafizi menggunakan alasan berlakunya penolakan yang kuat terhadap PKR terutamanya di dalam beberapa pilihanraya kecil dan terbaru adalah keputusan yang memalukan PKR di dua pilihanraya negeri, Melaka dan Sarawak.
Anwar sebagai ‘poster boy’ sudah tidak laku. Tidak mampu untuk menarik minat pengundi menyokong PKR apatah lagi menyokong Pakatan Harapan. Musibah besar bakal melanda PKR di PRU ke 15 tegas sumber dalaman parti lagi.
UMNO BN sudah melangkah jauh ke hadapan apabila semua pemimpin peringkat tertinggi parti berjiwa besar memberi laluan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Tambah sumber bilik gerakan PKR, UMNO lebih terbuka apabila bersetuju sebulat suara menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 10 sebaik sahaja PRU ke 15. Ini titik mula UMNO kembali kuat dan menambahkan keyakinan rakyat kepada proses demokrasi yang diamalkan UMNO BN selama ini.
Tambah sumber lagi, Anwar dan Wan Azizah mungkin menyerahkan kepimpinan parti mereka kepada Rafizi dan Tian Chua memandangkan mereka berdualah kawan rapat Anwar sekeluarga.
Nurul Izzah hanya kekal bertanding kerusi Permatang Pauh sahaja untuk membuang imej PKR sebagai parti politik anak beranak.
Ini seharusnya menjadi kelebihan bagi UMNO. Bukannya masa untuk bertelingkah terbuka sesama sendiri.
Bahkan tidak perlu lagi wujudnya perbincangan terbuka yang boleh mengeruhkan suasana.
Apa yang perlu ada dan kesemuanya berjiwa besar adalah menerima keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang akan menjadi konsensus kepada Persidangan Agung UMNO pada bulan March nanti dan juga atas kebijaksanaan ‘Top 5’ mencari tarikh sesuai untuk dipertimbangkan oleh YAB Perdana Menteri demi kepentingan UMNO.
No comments