Hilang arah, itulah yang boleh dikatakan kepada penulis blog belaan PH apabila tiba-tiba menyerang Tan Sri Annuar Musa berhubung isu ‘poster...
Hilang arah, itulah yang boleh dikatakan kepada penulis blog belaan PH apabila tiba-tiba menyerang Tan Sri Annuar Musa berhubung isu ‘poster boy’ dan jawatan Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke 15.
‘Anjing kurap PH’ ini di dalam entry terbaharunya cuba menimbulkan persepsi jahat dan melaga-lagakan kepimpinan tertinggi pusat dan juga pengerusi badan perhubungan negeri berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengenai ‘Poster Boy’, siapa yang diputuskan untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15 dan juga tarikh pilihanraya umum ke-15.
Lagak bebel sipenulis belaan PH seolah beliau turut berada di dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada waktu itu.
Sumber di petik dari longkang barangkali. Duduk di sudut restoran mamak, menulis isu politik berkenaan parti orang lain yang sarat dengan khayalan umpama orang hisap dadah, merapu memfitnah dan akhirnya membuat tuntutan bayaran di atas setiap artikel sampah. Si pembayar turut diperbodohkan dengan sebuah karya yang tiada sedikit pun sandaran kebenaran.
Mungkin bukan karya tetapi tulisan manusia yang sedang lalok dengan ‘ais’.
Dalam mesyuarat terbaharu Biro Politik kepimpinan tertinggi atau ‘Top-5’, secara sebulat suara dengan sokongan dan persetujuan pengerusi perhubungan negeri:
1. Menyokong Dato Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri
2. Dato Sri Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ di PRU ke 15
3. Tarikh PRU ke 15 akan dicadangkan oleh ‘Top 5’ UMNO kepada YAB Perdana Menteri.
(Top 5 terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden parti)
Makin hari kebebalan ‘penulis anjing kurap PH’ ini semakin terserlah.
Cukup-cukuplah wahai Shahbuddin, anda sekadar hidup menyuap anak bini dengan hasil fitnah.
Datang PWTC pun tidak pernah, ada hati menulis cerita apa yang terjadi di dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi UMNO.
No comments