Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Akhirnya Kita Jadi Juara Pemecah Tabung Rakyat?

Isu permintaan dan desakan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP bermula sejak covid-19 menyerang negara kita lagi dan ...




Isu permintaan dan desakan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP bermula sejak covid-19 menyerang negara kita lagi dan ketika virus ini mula menjadi pandemik hampir di seluruh dunia. Rakyat terkesan kerana banyak aktiviti perniagaan tidak dapat beroperasi seperti sebelumnya. Tutup dan segalanya kaku kecuali beberapa jenis perkhidmatan atau perniagaan yang berasaskan keperluan harian manusia.

Banyak syarikat terpaksa tutup perniagaan maka ramailah yang terpaksa berhenti atau diberhentikan secara mengejut. 

Untuk  meringankan sedikit beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang hilang punca pendapatan maka kerajaan ketika itu (tahun 2020) memutuskan pengeluaran KWSP dibenarkan secara berperingkat dengan amaun tertentu di bawah label 'i-Lestari' dan pengeluarannya mencapai angka RM101 bilion. Ianya satu keputusan kerajaan demi membantu rakyat yang sangat terkesan dengan virus yang mampu meragut nyawa manusia.

Perlu diingat, selama ini pun kerajaan sememangnya membenarkan pengeluaran KWSP melalui 'akaun kedua' untuk tujuan khas seperti membeli rumah, komputer dan juga membiayai kos perubatan. Pernahkah kita berfikir apabila pengeluaran dari dana simpanan milik kita sendiri maka secara langsungnya berlaku penyusutan baki di dalam akaun tabungan masa depan tersebut? Berapa lama pula masa perlu diambil untuk sampai ke tahap sebelum ianya dikeluarkan?

Serentak di waktu yang sama pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan mula salurkan kepada rakyat yang terkesan termasuk pakej ransangan ekonomi untuk sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mahu pun khas untuk penjaja kecil. 

Syarikat-syarikat mula dibantu kerana di sanalah adanya angka bilangan pekerja yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada syarikat berkenaan. Bantuan i-Lestari hanya bersifat 'bantuan sementara' bagi meringankan beban untuk kita melangkah samada mula mencari pekerjaan baharu atau mula beralih arah kepada berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Norma baharu, kehidupan baharu atau norma baharu dengan pekerjaan yang sama, itu sahaja pilihan yang kita ada akibat serangan virus covid-19 yang masih belum reda sehingga ke hari ini.

Kini sekali lagi laungan desakan supaya kerajaan memberi kebenaran kepada rakyat menggunakan wang sendiri dengan alasan 'membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik covid-19. Benarkah tindakan kita ini? 

Desakan ini timbul kembali di kala berlakunya bencana banjir yang tidak terjangka serentak di Selangor dan beberapa negeri. Liputan bala banjir di Selangor mendapat perhatian yang berlebihan namun sebenarnya untuk menutup kelemahan kerajaan negeri di bawah kerajaan PKR mengurus mangsa banjir yang melibatkan terlalu ramai jumlah mangsa yang terlibat dan kerugian harta benda yang begitu banyak jumlahnya. Kerajaan Selangor gagal mengurus rakyat. Kalau tidak kerana kepantasan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri menyusun dan mengarahkan bantuan kepada mangsa banjir di Selangor ketika itu anda boleh bayangkan apa yang bakal terjadi kepada mangsa banjir.

Suara sumbang ketika melihat betapa teruknya kemusnahan akibat banjir ketika itu adalah - "Kerajaan wajar benarkan mangsa banjir keluarkan wang simpanan mereka di dalam KWSP" tetapi termalu sendiri apabila Ismail Sabri dengan segera mengumumkan pakej bantuan mangsa banjir secara menyeluruh. Dari bantuan perabut yang rosak, alatan letrik yang musnah kepada pembaikan rumah kediaman. Pakej ini sahaja bernilai RM61,000 dan tidak termasuk wang ehsan kepada keluarga yang ada ahlinya maut akibat bala banjir ini.

Akibat termalu dengan kegelojohan akal singkat maka 'Hero pemecah tabung rakyat' mulakan balik nyanyian zikir ketika covid-19, "..berilah mereka keluarkan wang mereka RM10,000..."

Jumlah yang kita sebut nampak seperti kecil angkanya, RM10,000 namun kesan daripada 'perjuangan populis' ini di masa hadapan amat besar impaknya:

Andaian peratusan dividen minima daripada jumlah simpanan RM10,000 boleh mencapai RM3000 dalam masa 3 tahun dan melonjak kepada RM7000 dalam masa 10 tahun yang kita bakal perolehi akan rugi sekiranya percaturan kita salah mengenai simpanan masa tua dipergunakan.

Terlalu banyak pembiayaan yang kerajaan sediakan melalui agensi yang dipertanggung jawabkan. Kenapa tiada usaha ke arah mewar-warkan pakej bantuan ini dari kita kepada rakyat yang terkesan? Apa perlunya ada biro kebajikan di dalam organisasi kita dan biro ekonomi kalau kita sendiri tidak mampu untuk mengatur kempen membantu rakyat dengan sesi penerangan yang mantap dan mudah difahami. Mudahnya perjuangan kita, mencelarukan pemikiran rakyat yang sedang 'stress' dengan menghulurkan tukul untuk pecahkan tabung simpanan sendiri.

Jadilah Hero Rakyat dan bukannya hero pemecah tabung milik rakyat!

emel pembaca:
Suka Menabung


No comments

Ads Place