Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Adun Dap Tahu Siapa Yang Masukkan Dadah Di Dalam Minumannya?

Alasan yang boleh diterima supaya tidak direman di dalam lokap polis untuk beberapa hari? Mudah, upah peguam dan membuat andaian bahawa mang...


Alasan yang boleh diterima supaya tidak direman di dalam lokap polis untuk beberapa hari?

Mudah, upah peguam dan membuat andaian bahawa mangsa di khianati?

Mengikut Adun Dap yang diuji positif dadah di dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai beberapa hari yang lalu. Beliau ditahan bersama 35 pengunjung yang lain.

Ujian air kencing mendapati adun Dap (Pasir Bedamar) Terence Naidu sah positif dadah. Apakah 35 individu yang turut sama positif itu juga diletakkan bahan terlarang di dalam minuman mereka oleh ‘seseorang’?.

Kalau yakin sangat ada suspek yang ingin kenakan Terence, siapa orangnya? Atau sekadar alasan kukuh untuk dibebaskan dari disiasat secara reman di balai polis?

Perlu perkemaskan akta penahanan suspek penagih dadah. Bayangkan orang awam yang tidak mampu membayar peguam. Mereka akan direman terus di lokap polis.

Timbul dua isu yang serius sekarang.

Pertama dakwaan Adun Dap ada seseorang mengkhianatinya. Sekiranya ini bukan ‘hearsay’ atau adanya ‘precedent’ kes sebelum ini yang membolehkan suspek dadah lepaskan diri dari tahanan reman maka Adun Dap tersebut wajib dedahkan siapa dalang tersebut.

Kedua, seperti wujud saksi yang nampak ada seseorang yang telah meletakkan dadah di dalam minumannya. Perlu didedahkan saksi tersebut.

Ketiga, betulkah ingin bertemu rakyat maka di pusat hiburan dan di waktu orang lain sedang nyenyak adalah tempat dan masa yang sesuai?

Masalah apa? Tempat orang ada duit berhibut menjadi pilihan Adun Dap?

No comments

Ads Place