Beberapa kali saya dah bagi tau sebelum ni. Menjadi pembangkang hari ini amat mudah. Tak perlu buat apa-apa. Tak perlu cipta atau reka isu. ...
Beberapa kali saya dah bagi tau sebelum ni. Menjadi pembangkang hari ini amat mudah. Tak perlu buat apa-apa. Tak perlu cipta atau reka isu. Pembangkang dan PH hanya perlu sediakan sedikit minyak untuk pastikan api kemarahan dan penentangan ahli umno kepada kerajaan mereka sendiri berterusan sampai ke PRU15.
Pembangkang hari ini tak perlu nk buat desakan kerana setiap desakan datangnya dari Ketua sayap Pemuda UMNO sendiri. Pembangkang tak perlu upah dan bayar cybertrooper sepertimana sebelum ini yg dikenali dgn nama RedBean Army kerana setiap hari ahli umno dan orang yang mengaku sokong umno walau bukan ahli umno menghentam dan memaki hamun menteri dan Perdana Menteri dr kerajaan UMNO.
Bila situasi ini berkekalan maka kita akan lihat sekali lagi PH atau DAP dengan mudahnya kembali ke Putrajaya selepas PRU15. Atas nama kebebasan bersuara. Atas nama kebebasan mengkritik kononnya berbentuk teguran maka bukan saja ahli umno tetapi spesis-spesis belaan atau haiwan peliharaan juga turut memekik-mekik dan bersemangat mencerca pemimpin sendiri.
Haiwan belaan ini amat sukakan situasi sekarang. Mereka dapat menarik nafas lega dengan adanya habuan dan duit sara hidup untuk mereka. UMNO harus bergolak. UMNO perlu ada pertembungan antara kepimpinan. UMNO perlu bertempur sesama sendiri demi memastikan haiwan belaan ini terus menikmati habuan dan bayaran bulanan yg lumayan.
Haiwan belaan ini akan berusaha dengan pelbagai cara dan kepakaran mereka untuk pastikan ada pihak-pihak yang perlu bertelagah. Jika umno aman maka mereka akan susah. Jika umno bersatu tanpa pecah maka haiwan belaan ini akan kelaparan.
Justeru, hari ini orang umno susah termakan hasutan PH dan DAP. Orang umno sukar untuk dijinakkan oleh PKR atau AMANAH tetapi jelas lagi nyata umno menuju perpecahan yg maha hebat satu hari nanti jika masih terhasut oleh haiwan belaan yg mendabik dada merekalah pejuang umno. Merekalah jurucakap akar umbi. Mereka mewakili akar dan umbi tetapi secara diam mereka sedang membinasakan akar subur umno dan sedang mematikan umbi yang menjadi tunjang kepada kekuatan umno.
Mereka sanggup diserang. Mereka sanggup berdepan tohmahan asalkan umno terus bergolak dari dalam atau luar. Mereka hanya fikirkan bagaimana mahu memuaskan hati majikan mereka. Mereka haiwan yang akan menyalak menghalau dan menakutkan orang dari jauh asalkan tuannya tenang dalam rumahnya. Mereka akan kejar sesiapa saja asalkan tuannya menabur makanan mentah selepas penat mengejar orang yang lalu lalang.
Apakah kita ahli umno mahu melihat rumah yang kita bina dan usahakan sebelum ini sekali lagi dirobohkan oleh jenis haiwan belaan. Kita lebih percaya hasutan musuh dari penjelasan pemimpin kita sendiri. Belum sempat pembangkang mengesan jika ada kesilapan kita , lebih dahulu kita melondehkan kelemahan kita.
Bijaklah dalam mempertahankan maruah parti kita. Kadang-kadang kita tahu baka dan asal usul haiwan belaan ini. Haiwan ini pernah menyalak kita seberang pagar sana. Kita pernah tahu haiwan ini pernah dibela oleh musuh kita. Tetapi hari ini kita puja kononnya haiwan ini berani. Kononnya haiwan ini pandai mengigit walhal selama haiwan ini dibela musuh kita betapa kita tidur tak pernah lena dek salakan haiwan ini. Betapa kita terpaksa melalui jalan yg lebih jauh xan sukar untuk ke destinasi kerana takut dikejar haiwan belaan musuh kita. Menyusahkan kita sehingga pernah sekali merobohkan pondok tempat kita berteduh.
Itulah situasi umno hari ini. Kita tidak lagi bertempur dengan musuh nyata seperti PH atau DAP. Kita hari ini bertempur sesama sendiri atas perbedaan pendapat yang seharusnya diselesaikan dimeja mesyuarat dan medan musyawwarah.
Ketua pemuda tidak lagi membawa cadangan dalam mesyuarat MT tetapi mengubahnya menjadi desakan di media untuk menjadi hero. Perselisihan dan pertembungan ideologi tidak lagi diraikan dengan kematangan tetapi diterjemahkan dengan persengketaan terbuka menggunakan haiwan peliharaan.
Jika retak menunggu belah...Apakah UMNO sudah terbelah dan hanya menanti musnah atau terbarai?
Lantang itu suara. Kuat itu tenaga. Berbicara itu tuturnya. Hanya kita yang mampu mempertahankan parti kita. Jangan harapkan musuh atau haiwan belaan musuh kita yang telah terbukti akan kejahatannya…
Fahamlah kepada yang mahu memahami.
Nian Agong
Pokok Sena
No comments