Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Tamparan Membantu Mangsa Dalam Negeri Pembangkang, Kita Termakan Propaganda Mereka

"Atas asbab bencana maka kita tidak melihat siapa mereka. Apa parti mereka. Siapa pemimpin mereka. Semua orang datang membantu tanpa me...


"Atas asbab bencana maka kita tidak melihat siapa mereka. Apa parti mereka. Siapa pemimpin mereka. Semua orang datang membantu tanpa mengira perbezaan politik dan lambang parti.

Atas asbab perikemanusiaan. Kerajaan pusat segera membantu dan menyalurkan segala bentuk bantuan samada kewangan dan logistik tanpa mengira negeri pembangkang atas nama #KeluargaMalaysia.

Itu hakikatnya. Tetapi saya amat perasan apa saja yang dibuat di Selangor nampaknya semua tak betul. YAB PM turun seawal banjir lebih awal dari MB Selangor pun masih dikatakan lambat. PM turun ke PPS dikatakan berlakon. PM turun untuk program membersihkan kesan banjir di semua kawasan bencana dikatakan menunjuk. Bagi RM1000 dikatanya tak cukup. Diberikan pinjaman tanpa faedah dan tak perlu bayar selama 6 bulan dikatakan buat apa nak buat hutang. Akhirnya nak jugak duit EPF RM10k atas alasan duit mereka.Hak mereka.

Fikir punya fikir. Kenapa la takde satu pun kebaikan yang telah dilakukan kerajaan pusat semuanya salah dan tak elok. Semuanya nampak buruk. Baru saya perasan. Bencana ni berlaku di negeri pembangkang. Negeri ini diperintah oleh parti PH. Sudah pastilah rakyat yang terlibat dengan bencana ni Majoritinya pemangkah dan pengundi pembangkang.

Dari situ saya sedar kenapa semua yang kerajaan buat jadi tak cantik dan dilihat dari sudut yg salah. Semua tak betul. Sampai bab ambulan yang datang kemudian dari konvoi PM pun jadi isu. Allahuakbar.

Tetapi lagi menghairankan saya ramai yang tak sedar dan terikut dengan mainan pembangkang dalam isu bencana banjir ni. Orang umno dan parti-parti dalam kerajaan terikut sama membaham dan membelasah kerajaan atas sifat tidak sedar akan semua ini rupanya mainan politik PH dan pembangkang yang memang akan menutup kelemahan kerajaan negeri dan menyalahkan kerajaan pusat walhal ianya tanggungjawab kerajaan negeri.

Rakyat termakan mainan politik terjerat pembangkang PH. Mereka gerakkan semua bala tentera mereka untuk guna strategi "BlameGame". Mereka divert isu gegagalan kerajaan PH Selangor kepada kesalahan kerajaan pusat. Mereka tutup kelemahan ADUN-ADUN pembangkang dengan mencari salah menteri dan agensi kerajaan pusat. Mereka tak lihat ahli-ahli parlimen mereka tetapi mereka tutup dengan gambar memalukan ahli parlimen kerajaan.

Apakah itu semua kita tak sedar. Kenapa mudah sangat kita nak terpalit dengan game mereka. Kenapa la kita naif sangat nak mengenali strategi dan cara politik kotor mereka. Itu mainan mereka dan kita turut sama dalam game yang mereka cipta dari musibah bencana kali ini.

Cuba bayangkan banjir di Kelantan. Cuba lihat banjir di Pahang. Cuba lihat banjir di Terengganu. Cuba lihat bencana kepala air di Kedah. Cuba tengok ban pecah di Perak. Ada masalah? Ada serangan menggila pembangkang? Ada 'blamegame' dari PH?. Takde kan. Kenapa? Sebab negeri2 itu negeri kerajaan pusat. Takkan tu pun tak sedar.

Kita skang ni nak bantu tapi bila bantu semuanya nampak tak baik. Bagi option untuk bantuan. Tanpa faedah. Tanpa perlu isi borang beria. Tapi isu EPF jugak yg menjadi headlines. Kenapa? Sebab boleh pecahkan umno kerana isu kwsp ni umno yang bawa. Ketua pemuda yang cetus. Nak jugak duit kwsp. Sambil tu boleh lagakan kepada pemimpin2 umno yg jelas bertelagah.

Saya cadangkan kerajaan mengeluarkan dan nyatakan berapa ramai mangsa2 banjir yang terlibat (dari senarai JKM atau PPS) yang layak dan nak keluarkan duit kwsp mereka. Sebab apa yang saya tahu mangsa terima segala bantuan kerajaan tetapi yg dok berjuang pasal duit seketul kwsp ni orang Kedah. Orang Johor. Yang tak terlibat pun dengan banjir. Yang dari Kedah tu sampai cabar PM bagai. Sapa la kucing kurap ni sampai nak cabar-cabar PM.

Kononnya atas suara akar umbi. Akar umbi mana pun tak tahu lah sebab dia selalu buat live pun kat rumah dia ja. Bersuara lantang tu bukan apa sebab nanti claim tak banyak. Kalau banyak video maka banyak la claim. Biasalah. Manusia yg mencari makan atas pergolakan politik Kena la buat keje kotor untuk hidup senang. Cari makan dari perpecahan bangsa sendiri. Ini watak pengkhianat Si Kitol merobohkan Kota Melaka.

Fikirkanlah. Naratif mana dan apa optik yang kita mahu lihat. Walau RM1000 tu sikit utk org berada tetapi RM1000 cukup bermakna kepada mereka yang sedang kesempitan. Itu hanya bantuan awal. Bukan hanya itu. Kerajaan sedang dan telah memikirkan pelbagai option untuk membantu rakyat.

Malangnya hanya kerana kita sedang membantu rakyat di negeri pembangkang dan sudah pasti suara pembangkang dan PH agak kuat di negeri ini . Kita yg naif turut sama menyalahkan kerajaan. Bersabarlah wahai pemimpin Ku".

Dari emel pembaca: Norita Helmi

No comments

Ads Place