Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

PRU 15 DAN PEMILIHAN UMNO 2 PERKARA BERBEZA

Pernahkah kita ingat DS Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum PRU14 telah menunda pemilihan parti pada Jun 2015 untuk memb...



Pernahkah kita ingat DS Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum PRU14 telah menunda pemilihan parti pada Jun 2015 untuk memberikan laluan kepada PRU demi mengelakkan perpecahan dalaman umno yang pasti setiap kali berlaku pemilihan.


Tetapi ketika itu Presiden parti dan Perdana Menteri merupakan orang yang sama boleh merencana keduanya mengikut kehendak DS Naijb pada waktu itu tanpa berdepan mana-mana penentang.


Penundaan pemilihan itu jelas tidak memberikan kelebihan kepada umno dalam PRU14 dimana umno/bn kalah dalam PRU14. Selepas kekalahan mengejutkan UMNO 2018 itu , pemilihan harus dilakukan kerana tiada lagi talian hayat atau penundaan tarikh. Maka berlakulah pemilihan parti selepas kekalahan sebagai parti yg lebih 60 tahun memerintah negara.


Ketika itu ramai yag lari dan tarik diri dari pemilihan. Ada yang membatalkan niat utk bertanding jawatan2 tertentu dlm parti dari bahagian sehinggakan MKT.Tinggallah mereka yang sanggup bertahan dan meneruskan perjuangan iaitu kepimpinan yang ada hari ni termasuklah Naib Presiden dan juga Perdana Menteri ke 9.


Dalam kenyataan Naib Presiden yang juga YAB Perdana Menteri di Bahagian Bera ialah soal memohon sokongan untuk memimpin negara dan melangsaikan tanggungjawab yang masih tertangguh dan tidak selesai.Atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri sudah pasti beliau akan memberikan respond atau kenyataan balas dari isu desakan untuk diadakan PRU15 dalam kadar segera oleh pihak-pihak tertentu dari dalam umno sendiri.


Itu pun Ismail Sabri berani menjawab persoalan dan desakan itu selepas 2 mesyuarat Biro Politik dan MKT pada Rabu sebelum itu. Itu juga ayat yang dinyatakan oleh presiden dalam mesyuarat MKT agar PRU bukan keutamaan.


Ismail Sabri hanya boleh bercakap soal tarikh PRU kerana beliau pemimpin yang mengetuai kerajaan yg akan menasihat YDP Agong untuk tarikh tersebut. Ismail Sabri hanya mampu untuk bidang kuasa itu.


Soal tarikh pemilihan parti bukan tanggungjawab Ismail Sabri dan ianya dibawah kuasa Presiden parti tanpa perlu mendapat perkenan YDP Agong pun.


2 perkara ini merupakan 2 isu berbeza. Ismail Sabri tidak bercakap soal pemilihan parti  perlu dibuat sebelum atau selepas pru kerana ianya bukan dibawah bidang kuasa beliau secara mutlak. Beliau hanya bercakap perkara yang berada dibawah skop dan bidang kuasa beliau iaitu tarikh pru. 


Apakah hanya dengan memohon masa dan sokongan ahli parti untuk beliau menguruskan negara dengan segala usaha demi membuktikan kerajaan #KeluargaMalaysia yang diketuai UMNO sememangnya mampu meyakinkan rakyat untuk dipilih dalam pru15 dan seterusnya mengembalikan kegemilangan umno dan kemenangan kepada UMNO.


Tidak pernah sekali keluar dari mulut Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mendesak atau memulakan gerakan untuk mempercepatkan pemilihan parti kerana beliau tahu itu adalah kuasa Presiden parti.


Apakah dengan memohon sokongan dari ahli dan kepimpinan umno untuk meneruskan pemerintahan beliau maka beliau dituduh untuk mempercepatkan pemilihan parti?. Ismail Sabri sendiri tidak tahu bila akan diadakan pemilihan parti. Ismail Sabri hanya Naib Presiden yang sudah pasti akan akur dengan keputusan parti melalui Biro Politik dan MKT untuk tarikh pemilihan parti.


Sehingga hari ini pun tarikh pilihanraya masih tidak ada kepastian cuma mandat yang ada bagi kerajaan ini sehingga 2023. Berkemungkinan apabila Perdana Menteri melihat waktu dan ketikanya pengundi berpuas hati dengan Kerajaan Keluarga Malaysia dan ketika itu nampak mood rakyat akan memihak kepada UMNO maka mungkin ketika itu juga parlimen dibubarkan. Bila? Ianya masih menjadi tanda tanya.


Soalan yang saya mahu ajukan kepada pembaca. Jika UMNO/BN mahu PRU15 segera dilaksanakan. Siapakah calon Perdana Menteri yang akan menjadi "PosterBoy" untuk dijual kepada pengundi? DS Zahid kah? Tok Mat kah? Bossku Najib kah? atau Ismail Sabri kah? Ini harus diputuskan untuk memastikan sokongan rakyat mampu kita raih xari calon PM yang parti janjikan. Cuba fikirkan nama-nama tersebut sebagai PosterBoy dan apa peluang umno/bn ketika itu. Renung dengan ikhlas ok.


Tuduhan yang menyatakan Ismail Sabri sengaja melambatkan pru15 kerana mahu pemilihan umno berlaku dahulu untuk kepentingan politik beliau merupakan tuduhan bersifat politik semata.


Soalan kedua yang mahu saya tinggalkan kepada rakan-rakan pembaca. Kumpulan yang mendesak pru15 segera dilaksanakan itu bukan kerana agenda politik pihak-pihak tertentu? Mahu pru15 segera dilaksanakan kerana ada pemimpin yang mahu memenuhi kriteria sebagai ahli parlimen untuk menjadi next PM. Ini kerana syarat untuk menjadi PM haruslah dari kalangan ahli parlimen dan bukannya ADUN.


JANGANLAH berselindung disebalik "gesaan akar-umbi". Akar umbi akan akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan. Mereka yang mahu pru15 dilakukan segera ini mempunyai agenda politik yang jelas dan cuba membeli masa sesingkat mungkin tatkala Presiden masih bergelut dengan kes-kes dimahkamah. Naib Presiden bakal menjadi Perdana Menteri yang paling singkat. Jika presiden tak layak kerana kes mahkamah maka siapa agaknya yang akan diangkat untuk menjadi PM selepas Presiden jika bukan Timbalan Presiden.


Ahli umno dibawah macam saya juga tahu membaca dan memahami agenda sebenar pihak yang beria-ria mahukan pru15 segera dilakukan. Mereka ini bukan menyokong presiden secara jelas. Mereka ini pernah bersama dalam gerakan mendesak agar presiden melepaskan jawatan dan bercuti satu ketika dulu. Tetapi hari ini mereka seolah penyokong presiden tetapi hakikatnya tidak. Mereka menyerang Ismail Sabri mungkin kerana dendam atau cita-cita yang besar untuk memegang jawatan no 1 negara??


Feniinggg makin feninggg rakyat dibawah.


Merak Kayangan

Jitra

No comments

Ads Place