SEPATUTNYA semua pihak bekerjasama membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir namun berlainan pula dengan pihak Pakatan Harapan (PH). Mer...
SEPATUTNYA semua pihak bekerjasama membantu rakyat yang
ditimpa musibah banjir namun berlainan pula dengan pihak Pakatan Harapan (PH).
Mereka manipulasi kesusahan dan derita rakyat ini untuk memfitnah kerajaan
terutamanya Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Mereka memuat naik video mangsa banjir mengadu tanpa
mendapatkan penjelasan dari pihak yang terlibat. Ironinya video PM berjumpa
mangsa juga cuba di”spin” semata-mata mahu memfitnah kerajaan.
Fitnah PH terhadap kerajaan |
Fitnah PH terhadap kerajaan |
Hakikatnya banjir teruk tersebut berlaku di negeri
Selangor yang dikuasai PH. Ternyata kerajaan PH di Selangor gagal menangani isu
banjir ini dengan sangat teruk. Bagi menutup kegagalan tersebut, pihak PH
sedang berusaha sedaya upaya meletakkan semua kesalahan tersebut di bahu PM.
Fitnah PH terhadap kerajaan |
Untuk makluman, jika berlaku (bencana) di peringkat
negeri, maksudnya kerajaan negeri Selangor melalui Setiausaha Kerajaan Negeri
yang akan mempengerusikan JPBN negeri (NADMA) dan mengambil alih semua agensi
yang terbabit bertanggungjawab untuk menangani bencana banjir di Selangor.
Kenapa PH mahu menyalahkan PM dalam perkara ini.
Peranan setiap agensi sudah digariskan sepenuhnya supaya
tidak timbul isu kurangnya penyelarasan dalam kalangan agensi, malah termaktub
dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Setiap daerah ada jawatankuasa bertindak bencana dimana dipengerusikan oleh DO atau pegawai Daerah . Setiap negeri ada jawatankuasa bencana disemua PBT yang dipengerusikan oleh YDP Daerah. Semua ini beroperasi dibawah arahan kerajaan negeri dan MB Selangor adalah pengerusinya. Semua jentera ini tidak akan bergerak tanpa arahan dari MB Selangor atau kerajaan negeri. Macamana kerajaan Persekutuan mahu masuk bantu sedangkan negeri tidak memaklumkan keperluan bantuan atau tidak memohon kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan?
Bagi yang kurang faham berkenaan Nadma, ini ringkasan
yang mudah untuk difahami. Berikutan banjir
besar tahun 2014, Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA ditubuhkan pada
tahun 2015 semasa Datuk Seri Najib sebagai PM bagi mengambil alih tanggung
jawab pengurusan bencana alam dari MKN.
Nadma pun ditubuhkan melalui pindahan perjawatan
dari bahagian pengurusan bencana MKN, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas
Malaysia (SMART) dan dari Unit Pengurusan Pasca Banjir ICU.
Konsepnya serupa dengan Federal Emergency
Management Agency (FEMA) di Amerika Syarikat sebab sebuah agensi pusat yang
khusus dan fokus pada pengendalian pengurusan bencana adalah lebih efektif dan
lebih bersedia untuk memberi respon yang laju.
Selaras dengan model ini, setiap negeri juga ada
unit dan jawatan kuasa pengurusan bencana masing-masing yang diketuai kerajaan
negeri. Jadi, ianya tidak betul untuk salahkan MKN pusat atau di peringkat
negeri bagi pengurusan bencana banjir.
Dan ianya juga tidak betul untuk tuduh NADMA tak
memainkan peranan bagi bencana banjir. Nama pun Agensi Pengurusan BENCANA
Negara.
Faktanya adalah tindakan kerajaan negeri Selangor
yang menafikan tanggungjawab dalam pengurusan dan pencegahan banjir dan hanya mahu
salahkan kerajaan pusat sahaja sesuatu yang sangat memalukan dan tidak
bermoral.
Sepatutnya agensi-agensi dan kerajaan negeri
bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membantu Rakyat.
No comments