Sebagai portal yang diketahui hala penulisannya, hala serangannya dan siapa yang mereka jilat sehingga licin maka tidak mustahillah portal y...
Sebagai portal yang diketahui hala penulisannya, hala serangannya dan siapa yang mereka jilat sehingga licin maka tidak mustahillah portal yang sudah suam-suam kuku ‘hot’nya di pasaran menggunakan cara cari makan yang lama, memfitnah pemimpin UMNO BN terutamanya yang di kerusi Perdana Menteri.
Mencari bahan adalah satu keutamaan bagi pengendali portal berita internet dan bahan yang di udarakan mesti panas sesuai dengan teras perniagaan portal politik songsang. Memfitnah adalah caranya. Merekayasa dan memutar belit berita supaya penggemar kekal membaca isi kandungan portal mereka juga sudah menjadi resam atau S.O.P mencari makan mereka.
Terbaru, satu klip video dari akaun 'Tik Tok' milik Free Malaysia Today. Garapan murahan, tuduhan liar seolah sengaja untuk memburukkan keadaan dan memburukkan nama serta imej pengamal media internet khasnya dalam etika penerbitan berita. Memalukan apabila klip video yang disunting menampakkan ketua editor FMT begitu terdesak ‘mencipta’ bahan jelek yang bukan sahaj tidak mencapai piawai separuh masak namun jauh lebih jijik, bahan yang ‘tidak masak’ langsung.
Mungkin FMT tidak mengambil iktibar dengan apa yang terjadi
kepada portal-portal pembangkang mulut busuk sebelum ini yang telah diharamkan
kerana begitu melampau memfitnah sehingga menimbulkan keresahan umum? Lupakah
apa yang terjadi dengan ‘Malaysia Insider’ dan beberapa portal totok penjilat
anti UMNO BN yang lain?
Apa Ismail Sabri buat ketika malam pertama banjir tanpa
henti?
Perdana Menteri turun ke lokasi yang dilanda air naik
mendadak, Bukit Lanchong. Ketika ini bukan sahaja gambar malah ada video
menjadi tatapan umum betapa tanpa protokol, Ismail Sabri turun bukan sekadar
untuk meninjau malah terus mengarahkan agensi yang terlibat termasuk pasukan
keselamatan iaitu polis dan askar untuk memindahkan segera mangsa yang
terlibat.
Memalukan apabila portal berintet yang sudah lama wujud
tetapi masih berada di takuk lama, tanpa bahan fitnah apakah portal ini tidak
mampu untuk ‘hidup’? Atau wujudnya pendana yang begitu besar menyalurkan wang
untuk terus menyerang siapa sahaja Perdana Menteri yang bukan sehaluan dengan
alur politik mereka atau pendana mereka?
Sebaiknya kerajaan melalui kementerian yang berwajib mula
membuka siasatan terhadap portal yang sengaja menimbulkan tuduhan liar dan
memanipulasi isu negara sehinggakan rakyat menjadi celaru termakan hasutan.
Mungkin Tan Sri Annuar Musa kena mula pro-aktif bertindak di
bawah akta sebaran berita palsu.
No comments