Portal yang anti UMNO BN sejak sekian lama dan mungkin di danai oleh mereka yang begitu bencikan UMNO BN, FMT sememangnya terkenal dengan ...
Portal yang anti UMNO BN sejak sekian lama dan mungkin di danai oleh mereka yang begitu bencikan UMNO BN, FMT sememangnya terkenal dengan 'menjual cerita' jahat dan karut demi untuk mereka kekal bertahan di pasaran maya.
Dunia pemberitaan internet semakin banyak cabaran apabila manusia sudah boleh mengakses sendiri kesahihan setiap berita yang dimuat-naikkan. Malah pengguna media sosial sendiri hampir setiap saat bertindak sebagai 'wartawan berita terkini' dan kumpulan ini jauh mempunyai maklumat yang lebih tepat daripada sebuah portal yang mengisi perut mereka di dalamnya dengan menjual berita palsu dan menjengkelkan.
Terbaru, penulis portal Free Malaysia Today yang menggunakan nama pena Mr. Shankar R. Santhiram begitu jelas kelihatan memutar-belitkan fakta berkenaan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa lokasi di Selangor.
Paling ketara, niat sebenarnya adalah melontarkan fitnah menjurus kepada memburukkan Perda Menteri, Dato Sri Ismail Sabri di samping mengambil kesempatan memburuk-burukkan juga menteri-menteri kabinet serta Agensi-Agensi Penyelamat.
Penulis dengan sengaja mengaburi dan menyembunyikan fakta sebenar bahawa pada malam pertama lagi Ismail Sabri sudah pun berada di kawasan banjir memberi arahan tertentu kepada agensi-agensi kerajaan dan badan sukarelawan yang turun membantu menyelamatkan mangsa banjir. Penulis mungkin lupa, petugas stesen TV3 juga ada membuat laporan khas dan tersiar di merata medium internet juga berita tersebut.
Sedikit kronologi: Ko-ordinasi di lakukan dari malam pertama:
Pasukan Angkatan Tentera telah di kerahkan pada malam pertama lagi untuk menjalankan usaha-usaha menyelamat dan menurut sumber malangnya, ketika air belum lagi berada di paras bahaya, terdapat segelintir penduduk-penduduk di Taman Sri Muda tidak mahu berpindah ke tempat Perpindahan Sementara. Ketika itu berkemungkinan kerana mereka takut meninggalkan rumah dan harta benda mereka atau kerana mereka takut masalah pandemik Covid 19 masih lagi belum reda.
Keadaan berubah apabila air mula menaiki paras bumbung dan ketika itu pun pasukan keselamatan yang bertugas kekal menjalankan tanggung jawab mereka, membantu mengeluarkan mangsa mengikut S.O.P menyelamat mangsa banjir. Dahulukan mangsa mengikut keutamaan. Wargamas, kanak-kanak dan wanita antara kelompok pertama yang dikeluarkan pada situasi tersebut dan barulah mangsa-mangsa yang selebihnya.
Keadaan nampak kelam kabut tetapi anggota petugas tidak panik, bukan itu sahaja, pegawai-pegawai dari pejabat Ismail Sabri juga turut berada di waktu operasi menyelamat awal berlangsung. Diketuai oleh Datuk Syed Mohd Fadzmi yang berlangsung sehingga subuh. Bagaimana penulis FMT boleh menidakkan fakta ini?
Penulis FMT juga nampak tidak cerdik, mana mungkin bot-bot besar atau aset penyelamat bersaiz besar boleh digunakan di Sri Muda dan Bukit Lancong? Penulis FMT tidak pergi ke lokasi dan sekadar merekayasa fitnah dari bilik berhawa dingin ketika mangsa dan anggota penyelamat sedang bergelut mempertaruhkan nyawa. Di mana penulis ketika itu? Tahukah penulis apa yang ada di dasar kawasan banjir? Penuh dengan kereta yang ditenggelami air bah dan ini di dalam pengetahuan anggota penyelamat. Nyawa mangsa banjir perlu di bawa keluar dari zon bahaya dengan SOP yang tersedia dan bukannya dengan mengguna pakai otak penulis murahan yang hanya tahu menjual cerita bobrokan sahaja.

Penulis FMT juga tidak dapat membezakan antara bahana 'Banjir Merah' di Kelantan dengan apa yang berlaku di Taman Perumahan di dalam bandar seperti di Taman Sri Muda, amat berbeza dengan keadaan banjir di kampung-kampung di Negeri Pantai Timur seperti di Negeri Kelantan dan Terengganu yang sering di landa banjir.
VIDEO penjelasan - kronologi KLIK di SINI
Hanya Rakyat Biasa dan NGO yang banyak membantu mangsa banjir?
Nampak jelas penulis FMT cuba tutup apa dan siapa yang sebenarnya ada di lapangan. Baik ketika banjir sedang mengganas mahu pun selepas banjir sudah surut. Kenapa perlu sembunyikan kegagalan Menteri Besar Selangor yang dilihat akhirnya pasrah dan menghubungi Perdana Menteri pada petang tersebut? Gagal untuk menguruskan rakyat sendiri dan cuba arahkan kesalahannya kepada orang lain terutama cuba menyalahkan Perdana Menteri?
Ismail Sabri terus menggerakkan operasi menyelamat mangsa banjir sebaik sahaja Menteri Besar Selangor 'menyerah kalah' kerana gagal mengkordinasikan operasi menyelamat mangsa ketika itu. Malukah penulis FMT apabila negeri di bawah kerajaan PKR gagal mengurus nyawa rakyat?
Lagi sekali penulis cuba padamkan apa yang disiarkan oleh kesemua stesen-stesen TV yang ada di negara ini? Stesen Astro sendiri membuat liputan hampir 24 jam melalui rancangan khas ketika itu. Penulis melihat saluran TV mana? Tiada yang lain selain NGO? Tidak nampak siapa yang sedang bantu membantu dalam operasi menyelamat itu?
3 hari untuk lakukan tindakan?
Fakta sebenarnya mengikutkan Angka, ATM Malaysia telah berjaya memindahkan 32,661 Orang Mangsa Banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 25hb. Disember 2021. Ini tidak termasuk angka-angka dari Agensi yang lain.
Perlu diingat Agensi-agensi Kerajaan seperti Tentera, Polis, Rela, Bomba, APPM dan lain-lain telah di kerah dari malam pertama lagi untuk membantu dan menyelamatkan rakyat Selangor yang terkesan ketika itu.
Menteri Kewangan turun ke 'Zero Ground' untuk apa?
Penulis FMT juga menuduh Menteri Kewangan melawat tempat banjir dengan ramai pegawai dan pengiring bukan untuk membantu tetapi hanya meninjau keadaan.
Ya, benar kerana memang Tengku Zafrul datang untuk meninjau keadaan bencana banjir tersebut, agar beliau dapat melihat sendiri betapa teruknya banjir kali dan berapa banyak peruntukkan yang perlu di bawa turun. Adakah salah di mata penulis? Kenapa tidak bertanya di manakah wakil rakyat Selangor ketika itu? Khabarnya ada yang sedang bermain salji di Iran?
Kesemuanya hendak dipolitikkan oleh penulis FMT kerana apa? Jawapannya mudah, ingin menutup bangkai yang begitu besar - kegagalan Menteri Besqar bersama jemaah wakil rakyatnya menguruskan nyawa rakyat mereka.
Untuk FMT khususnya penulis yang mempunyai imiginasi korup, baca ini:
SENARAI BANTUAN BANJIR KERAJAAN PERSEKUTUAN 2021
PENGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI 22 DISEMBER 2021:-
Beberapa agensi kerajaan dan sektor perbankan akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat dan perniagaan terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terkesan akibat bencana banjir. Ini termasuk:
1. Bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir (pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit, serta pinjaman peribadi sehingga 6 bulan. Termasuk kemudahan penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.
2. Pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana. Moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa- mangsa banjir di seluruh negara.
3. TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan. Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.
4. Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022). BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini, daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.
BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (YAB PM UMUM)
1. Peruntukan keseluruhan berjumlah RM200 juta
2. RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah
3. RM10,000 Bantuan Wang Ihsan bagi kematian akibat banjir
4. RM50 juta disalurkan untuk isi rumah terjejas
5. Peruntukan awal RM100 juta baiki kerosakan rumah dan infrastruktur
6. RM83.4 juta sumbangan GLC/GLIC
7. RM35 juta bantuan bencana JKM
8. Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dilancarkan
9. Tekun Nasional sedia RM30 juta untuk pinjaman pemulihan PMKS
10. RM500 juta untuk PMKS melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF 2022).
11. Rebat 100 peratus one-off bil elektrik Disember 2021
12. Pemeriksaan pendawaian percuma di kediaman milik B40 terjejas banjir
13. RM5.4 juta bantu kerja pembersihan pasca banjir.
14. Pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM10,000.
15. Penangguhan/pengurangan ansuran pinjaman
16. Penggantian percuma kad debit, kad ATM atau buku cek
17. Pengecualian caj lewat untuk kad kredit pelanggan yang terjejas
18. Proses tuntutan insurans cepat dan mudah
19. Gantian dokumen JPJ percuma bagi mangsa banjir.
PASCA BANJIR ATM DAN MINDEF:-
1. Membantu dan membela warga ATM, MINDEF dan veteran yang terkesan akibat musibah banjir.
2. Inisiatif pasca banjir dalam aspek pemulihan dan pembersihan (OPS MURNI).
3. Memastikan hospital dan poliklinik ATM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.
4. Memastikan sekolah-sekolah di bawah ATM dapat meneruskan sesi persekolahan secepat mungkin.
BANTUAN BANJIR DARI KEMENTERIAN KEWANGAN:-
1. Penyaluran RM50 juta kepada NADMA/Kumpulan Wang Amanag Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terjejas akibat banjir.
2. Kadar Bantuan Wang Ihsan dinaikkan dari RM500 kepada RM1,000 bagi setiap isi rumah yang terjejas.
3. Peruntukan awal RM100 juta bagi persediaan usaha pemulihan pasca banjir
BANTUAN BANJIR DARI KEMENTERIAN PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN
1. Menyediakan RM59 juta bagi kos pemulihan bencana banjir seluruh negara.
2. RM 50 juta diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) abagi kos membaik pulih infrastruktur di 25 PBT yang terjejas banjir.
3. RM 2 juta disediakan kepada Program Perumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi keperluan asas dan bakul makanan,
4. RM 6 juta khusus kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi kerja pemulihan dan pembersihan.
5. RM 160,000 bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi pembelian tambahan bot fiber dan gergaji rantai
BANTUAN BANJIR DARI KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:-
1. KWP Bersama agensi menghulurkan bantuan dan mengatur gerak kerja bagi operasi membantu, menyelamat, dan membersihkan Kawasan yang terjejas di luar Wilayah Persekutuan.
2. Kawasan yang terlibat antaranya, di Bentong, Mentakab, dan Termerloh, Pahang. Daerah dan negeri lain akan di atur dari masa ke semasa.
BANTUAN BANJIR DARI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:-
1. Mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir @ KPT bagi penyelarasan penyaluran bantuan kepada warga institusi pengajian tinggi yang terkesan akibat banjir.
BANTUAN BANJIR DARI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA:-
1. Menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir berjumlah RM2.18 juta yang disumbangkan melalui agensi-agensi di bawah KKMM.
2. MyCreative Ventures, sebuah agensi di bawah KKMM telah menyumbangkan 2,000 unit Kotak Kasih berupa bakul makanan dengan Kerjasama Shopee Malaysia
3. Bantuan 2,000 pek makanan setiap hari dan 50 bilik penginapan sementara hasil Kerjasama Bersama Rumah Prihatin @ Grand Seasons
BANTUAN BANJIR DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR:-
1. Peruntukkan RM100 juta untuk pulihkan Selangor diumumkan oleh Menteri Besar Selangor. Peruntukan ini termasuk bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat banjir, bantuan RM1,000 setiap keluarga yang terkesan banjir, RM20 juta bagi bantuan pembersihan kawasan perumahan serta RM80 juta untuk pemulihan infrastruktur dan bantuan kesihatan.
2. Pelepasan bil air selama sebulan kepada akaun-akaun yang terkesan dengan bencana banjir.
3. Penangguhan bayaran balik pinjaman selama dua bulan kepada semua usahawan HIJRAH Selangor yang terkesan akibat banjir dengan implikasi kewangan berjumlah RM15 juta.
4. Penubuhan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit oleh syarikat swasta, korporat, GLC & individu. Sumbangan sulung oleh MB Selangor dengan pemotongan sebulan gaji.
BANTUAN BANJIR DARI KERAJAAN NEGERI JOHOR:-
1. Menghantar bantuan kepada mangsa banjir melalui pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV)
2. Barangan keperluan seperti lampin pakai buang dewasa dan kanak-kanak, tuala Wanita, air mineral, biskut dan roti dengan nilai keseluruhan kira-kira RM50,000 dan dihantar kepada pegawai daerah Hulu Langat.
BANTUAN BANJIR DARI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG:-
1. Menghantar anggota perubatan Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) dan pasukan sukarelawan ‘Save City Volunteers’ untuk membantu mangsa banjir di Pahang dan Selangor.
2. Menghantar 75% daripada ahli Pasukan Bomba Sukarela (PBS) ke Kawasan banjir Selangor dan Pahang
BANTUAN BANJIR DARI KERAJAAN NEGERI PAHANG:-
1. Meluluskan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir.

Kepada penulis upahan murahan, jangan kita rosakkan nama baik penulis yang lain dalam melaporkan bencana. Jangan politikkan semua benda. Malu nanti bila kantoi!!
No comments