Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Malaysia perbaiki perundangan, pengurusan buruh

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil beberapa langkah dan pendekatan untuk memperbaiki perundangan dan pengurusan buruh di negara in...


PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil beberapa langkah dan pendekatan untuk memperbaiki perundangan dan pengurusan buruh di negara ini, susulan tindakan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) menyekat eksport barangan dari syarikat tempatan ke negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata ketika ini, kerajaan sudah membuat pindaan terhadap undang-undang buruh, terutama dalam memastikan majikan menjaga pekerja masing-masing termasuk membabitkan soal perumahan.

"Mengenai perkara itu (buruh), kami ada bincangkan (dalam pertemuan hari ini). Kami menyedari, terutama ketika pandemik dan ketika pemeriksaan dilakukan, ada antara majikan menyediakan perumahan yang tidak selesa kepada pekerja mereka.

"Kami sudah meminda undang-undang terbabit dan saya fikir Kementerian Sumber Manusia (KSM) sangat berwaspada ketika membuat pemeriksaan dan memastikan semua majikan menyediakan perumahan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony John Blinken, di Wisma Putra, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan CBP AS yang mengambil tindakan menghalang kemasukan eskport dari negara ini ke AS susulan dakwaan membabitkan layanan terhadap buruh di negara ini.

Selain itu, Saifuddin berkata, kerajaan juga memperkenalkan sistem dalam talian e-wages yang memberi ruang pekerja mengadu sekiranya mereka berasakan dinafikan hak masing-masing dan beberapa inisiatif lain yang kini sedang dilaksanakan.

Beliau berkata, Malaysia komited memastikan semua pekerja mendapat hak mereka termasuk gaji, kebajikan dan perumahan serta ruang untuk menyuarakan aduan dengan bebas.

No comments

Ads Place