Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Google Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Bukan Melalui Kerajaan

Selepas Apple, nampaknya pihak Google juga tidak ketinggalan untuk menghulurkan bantuan kepada Malaysia yang kini menghadapi bencana banjir ...


Selepas Apple, nampaknya pihak Google juga tidak ketinggalan untuk menghulurkan bantuan kepada Malaysia yang kini menghadapi bencana banjir besar. Berdasarkan sumber, Google akan menyumbang lebih RM460,000 kepada Malaysia.

Sumbangan pihak Google.org itu tidak diberikan secara terus kepada pihak kerajaan Malaysia tetapi menggunakan dua cara.

Sokongan kewangan Google sebanyak RM420,800 akan disalurkan kepada Center of Disaster Philanthropy (CDP). Mereka adalah organisasi yang hanya fokus kepada bantuan dan pemulihan bencana.

Dana itu kemudiannya akan digunakan CDP untuk diagihkan kepada organisasi tempatan di lapangan yang membantu mangsa yang terjejas.

Cara kedua yang digunakan pihak Google adalah dengan menyumbang RM40,000 kepada Mercy Malaysia. Sumbangan ini lebih menarik kerana ia adalah hasil daripada kutipan dikalangan kakitangan Google.

Kredit: Amanz

No comments

Ads Place