Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Banjir: Kenapa Fitnah PM?

  Agak keterlaluan menuduh DS Ismail Sabri lambat atau tidak turun padang melihat, memantau dan mengarahkan agensi yang berkaitan supaya mem...




 

Agak keterlaluan menuduh DS Ismail Sabri lambat atau tidak turun padang melihat, memantau dan mengarahkan agensi yang berkaitan supaya membantu mangsa banjir dengan kadar segera.

Lokasi pertama yang DS Ismail Sabri turun adalah di Bukit Lanchong yang juga laluan ke Kampung Tengah Puchong.

Bukan sekadar melawat dan bertanya khabar kepada anggota pasukan keselamatan yang turut berada di situ tetapi turut mengarahkan agar bantuan dihantar segera.

Ismail Sabri bukan jenis pemimpin yang hanya datang ‘berswafoto’ tetapi datang melihat sendiri dan terus merangka plan membantu mangsa di situ juga. Arahan beliau amat jelas, selamatkan mangsa banjir dan buka penempatan mangsa dengan segera.


Beliau bergegas ke kawasan itu selepas meninjau dan mengadakan sidang media khas mengenai banjir di Agensi Pengurusan Bencana (NADMA).

Perdana Menteri dalam ciapan di Twitternya, menyatakan beliau sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang dihadapi.

Kemudian Perdana Menteri melawat mangsa banjir di Pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang dan Sekolah Telok Gong, Klang.

Bagi mengurangkan beban mangsa banjir,  PM telah mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta bagi membaiki kerosakan kediaman dan infrastruktur akibat banjir. Malah kerajaan bersetuju memberikan sumbangan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.








Beliau berjanji kerajaan akan mempercepatkan bayaran kepada kawasan terbabit banjir seperti Selangor dan tujuh negeri lain.

Selain daripada melawat mangsa banjir, PM turut melawat mangsa kebakaran serta akan memberi bantuan sebanyak RM1,000 kepada mangsa kebakaran lapan unit Flat Sri Johor di Cheras.

Beliau turut mengumumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kediaman baru untuk mangsa yang terlibat.

PM akan bantu rakyat yang memerlukan sebanyak mungkin agar kebajikan mereka sentiasa terjaga.

















No comments

Ads Place