Admin terima emel dari pembaca hari ini dan perlu diberi perhatian: "AGAK-AGAKNYA KALAU PERDANA MENTERI TU PRESIDEN PARTI, BERANI KER T...
Admin terima emel dari pembaca hari ini dan perlu diberi perhatian:
"AGAK-AGAKNYA KALAU PERDANA MENTERI TU PRESIDEN PARTI, BERANI KER TAK KETUA PEMUDA DESAK ITU INI?
Saya terfikir zaman BN memerintah sebelum kalah pada PRU14 dulu memang agak tenang. Klau ada desakan pun pasti ianya dari pembangkang atau NGO yang mewakili kumpulan-kumpulan tertentu.
Itulah gambaran saya yg mungkin salah dan mungkin betul. Atau ketika itu tiada isu untuk ketua pemuda parti mendesak atau bersuara.
Melihat kepada desakan itu dan ini dari Ashraf Wajdi Ketua Pemuda UMNO kali ini lebih kepada menjuarai sesuatu utk kepentingan mileage politik semata.
Ashraf kena buat mcm tu sbb talian hayat utk beliau berada dalam mainstream politik selepas ini agak kabur jika tidak menjadi ahli parlimen.
Senator dah habis penggal sbb sblm ni dilantik Timbalan Menteri atas kouta Senator. Bertanding di parlimen Tumpat kalah dan bertanding dikerusi yang agak selamat kali kedua pun kalah juga di Pasir Puteh Kelantan.
Bertanding Ketua Pemuda Bahagian pun kalah. Jawatan Timbalan Ketua Bahagian juga ehsan yang telah melalui perundingan dari bahagian tersebut melalui wahyu khabarnya.
Tambah-tambah pula beliau kena all out sbb mungkin pemuda juga akan membuat keputusan pada PAU yang akan datang yang katanya telah ditunda lagi kerana bencana akan memutuskan had umur untuk kerusi Ketua Pemuda Pusat. Jika ditetapkan pada umur 45 tahun maka ashraf telah hilang kelayakan.
Nak bertanding dikerusi paling selamat untuk jd ahli parlimen sudah pasti akan memerlukan sekali lagi wahyu dan blessings dari Presiden dan pucuk pimpinan parti sepertimana DS Najib pernah turunkan wahyu beberapa kali utk anak Dasuki ni bertanding.
Tak cemerlang mana pun rekod Ashraf ni. Hanya main isu yg rakyat suka. Lebih kepada kerja populis dan bukannya realistik. Ramai jugak ketua-ketua pemuda memaklumkan sy untuk mesyuarat pemuda bahagian tahun ni sesen tak dibantu. Apatah lagi nak gerakkan jentera pemuda seluruh malaysia bantu mangsa banjir.
Nasib baik la jugak Perdana Menteri skang yang Ashraf ni serang siang malam dgn menggunakan pelbagai cara nampak dan tak nampak dengar katanya membantu la jugak pemuda-pemuda. Tidak la kering sgt pemuda umno. Mampu la jugak buat makan-makan untuk hari mesyuarat. Kalau tak mesyuarat ngan air kotak ker ler..
Biasa la. Sapa sekali pun yg jadi PM sudah pasti akan bantu sayap dan parti dengan cara masing-masing. Itu bukan lagi rahsia atau kesalahan selagi ianya tidak melibatkan rasuah dan penyelewengan.
Tapi nampak gayanya Ashraf terjerat antara masa depan politik peribadi yg malap dan kekangan mendesak yang beliau hadapi. Buat apa pun nampak takkan berjaya.
Jentera perlu digerakkan agar pemuda dilihat ada bersama rakyat ketika bencana ni. Itu imej umno tu. Takkan Ketua Pemuda Pusat nak buat gotong royong hanya dengan Pemangku Sultan Pahang jer. Itu program Tuanku. Bukan program pemuda.
Saya sarankan Ashraf panggil balik orang kanan beliau yang beliau lantik sebagai Pengerusi Skuad Sabil dari bercuti di London tu. Hebat juga pengerusi Skuad Sabil sampai boleh bercuti ke London mengalahkan menteri.
Patut la tak nampak sgt skuad Sabil dlm bencana kali ni sbb pengerusi dihantar bercuti bersama isteri di London rupanya. Itulah org kanan pendesak kerajaan hari ini. Bukan kaleng-kaleng org yg bercuti di London ni. Jemin pun pegi Dubai jer..haha
Ashraf….Cukup la. Bagi la peluang utk org muda tentukan hala tuju org muda. Awk bertanding jer Naib Presiden nanti. Nanti ada la org payung tu. Harta ayahanda pun banyak lagi. Mana pernah belanja lagi kan. Anda patut bersyukur kerana dilahirakan dari keluarga yang amat pandai menyimpan dan mengira duit dengan amat cermat sekali.Berbelanja la sesekali untuk menang kannn.."
-DukuMadu-
No comments