Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Akta perlu bawa 'pembaharuan' hapuskan sistem kartel

  KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen tahun depan hendaklah m...

 

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen tahun depan hendaklah membawa satu 'pembaharuan' dan mampu membanteras setiap lapisan sistem kartel yang wujud sekian lama dalam sistem pentadbiran negara.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata usaha kerajaan untuk meminda dua akta berkenaan disifatkan sebagai langkah yang baik, namun perlu kepada penguatkuasaan lebih tegas bagi mengukuhkan peruntukan sedia ada.

"Melalui pindaan ini, kita ingin tahu setakat mana ia nanti boleh dilaksanakan dengan berjaya memandangkan sistem kartel ini sudah didalangi pelbagai lapisan dalam sistem pentadbiran negara. Jadi, jika lapisan ini tidak dimusnahkan, ia mungkin wujud dalam bentuk yang lain pula," katanya kepada BH hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pindaan kedua-dua akta itu dijangka dibentang di Parlimen pada Jun depan.

 Melaluinya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dijangka diberi lebih kuasa, termasuk dalam aspek siasatan bagi menangani isu persaingan.

Barjoyai berkata, kerajaan perlu memastikan pindaan akta ini bukan bersifat duplikasi dengan perincian peruntukannya membolehkan semua individu atau pihak yang terbabit dalam kartel dikenakan tindakan tegas.

"Persoalannya, mengapa kita memerlukan (pindaan) akta ini, sedangkan sudah ada akta berkenaan rasuah dan salah guna kuasa tetapi mungkin (akta) sedia ada tidak cukup kuat untuk menangkap kegiatan kartel.

"Jadi kerajaan perlu pastikan rang undang-undang (RUU) ini bukan sahaja bagi memastikan hanya orang atau kartel itu yang didenda tetapi semua yang terbabit iaitu kakitangan kerajaan, ahli politik dan kakitangan syarikat yang terbabit," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kegiatan kartel yang terus berleluasa ini adalah kesan daripada proses kronisme dalam pentadbiran kerajaan sejak dahulu lagi.

Kegiatan kartel ini dikesan antaranya melalui konsep 'rent-seeking' yang biasanya didalangi syarikat yang tidak ada keupayaan untuk melaksanakan tender. Mereka menyertai bidaan dan kemudiannya menjualnya kepada syarikat bukan Bumiputera.

Bagi penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, terdapat dua elemen utama yang perlu ada dalam RUU membabitkan pindaan kedua-dua akta itu.

"Sebahagian besar ekonomi Malaysia adalah bersifat monopolistik. Mengalakkan persaingan lebih adil kepada semua pemain industri dan menilai semula kuasa monopoli yang diberikan kepada syarikat besar dan terpilih menjadi perkara utama yang perlu ada dalam RUU berkenaan.

"Monopoli juga wujud dalam bentuk tidak langsung yang perlu diberikan perhatian," katanya.

Mohd Yusof berkata, monopoli pasaran terutama penguasaan rantaian bekalan adalah perkara utama yang perlu dilihat secara serius.

Monopoli secara langsung dan tidak langsung dalam ekonomi menyebabkan gangguan dan ketidakcekapan pasaran, termasuk mengakibatkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.

"Meningkatkan ketelusan dalam kaedah penilaian dan saringan adalah antara tindakan yang perlu dilaksanakan.

"Mengikut perspektif ekonomi, monopoli boleh diterima jika mereka yang mendapat projek berkenaan adalah cekap dan efisen. Sebaliknya, monopoli memberi kesan herotan kepada pasaran dan ekonomi apabila pihak yang mendapat projek tersebuttidak cekap berbanding dengan pihakdan ini yang perlu dielakkan," katanya.

Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM), Ahmad Yazid Othman, pula berkata RUU berkenaan perlu merentas semua sektor merangkumi awam dan swasta dengan tindakan lebih tegas wajar dikenakan ke atas individu atau syarikat yang terbabit dalam kartel bagi tujuan memonopoli projek atau tender tertentu.

"Saya lihat undang-undang antimonopoli perlu merentasi sektor swasta dan awam. Mereka perlu dikenakan tindakan yang keras supaya menjadi iktibar usahawan lain dan pihak yang terbabit.

"Mereka yang mendapat laba ini tak sedar ini adalah satu bentuk kesalahan. Ia menafikan perkhidmatan, perolehan yang memberi nilai tambah pada rakyat dan pengguna," katanya.

Ahmad Yazid berkata, RUU itu juga perlu merangkumi segala tindakan bagi menghalang tindakan sedemikian yang boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sabotaj ekonomi.

"Denda 10 peratus daripada nilai projek adalah terlampau kecil jika dibandingkan dengan hasil yang mereka terima dan saya lihat ia tidak akan berjaya mengekang gejala ini. Namun kita menyokong dan bersetuju MyCC diberi lebih kuasa termasuk dalam aspek siasatan bagi menangani isu persaingan," katanya sambil menambah kartel terus berleluasa disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah.

No comments

Ads Place